AUREL dan Atta Halilintar.
AUREL dan Atta Halilintar.
Syafil Syazwan Jefri

 

Jakarta: Penyanyi Aurel Hermansyah berkongsi hamil empat bulan selepas mengalami keguguran pada Mei lalu.

Berita itu dikongsi suami Aurel juga sensasi YouTube Atta Halilintar di Instagram yang turut memuat naik video rakaman imbasan bayi dalam kandungan isterinya.

"Anakku, Ahamdulillah. Allahuakbar. Sihat, kuat ya anakku. Papa dan mama akan jaga kamu sekuat kami.

"Selepas lebih tiga bulan merahsiakan, dengan banyak media hiburan yang terus bertanya dan beritanya semakin tidak menentu.

"Doa terbaik saja ya buat keluarga kecil saya," tulis Atta. 

Perkongsian itu menerima komen ucapan tahniah daripada rakan serta pengikutnya di platform media sosial itu. 

IMBASAN bayi dalam kandungan Aurel.
IMBASAN bayi dalam kandungan Aurel.

Sementara itu, Aurel juga berkongsi foto imbasan itu di Instagram Story dengan mengucap kesyukuran atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka. 

"Allahuakbar. Terima kasih Ya Allah. Engkau memberi kepercayaan kepada kami lagi untuk menjadi ibu bapa.

"Selalu menangis terharu setiap kali melihat perkembanganmu, anakku," katanya. 

Terdahulu, pada Mei lalu, Atta dan Aurel berkongsi berita duka mengenai keguguran kandungan Aurel. 

Pasangan Atta dan Aurel diijabkabulkan pada 3 April lalu. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Ogos 2021 @ 1:51 PM