IRWANSYAH bersama ibunya.
IRWANSYAH bersama ibunya.
Agensi

Jakarta: Ibu pelakon dan penyanyi Irwansyah juga mentua Zaskia Sungkar iaitu Herliana meninggal dunia di hospital akibat Covid-19, semalam.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Zaskia memuat gambar Irwansyah sedang melakukan panggilan video untuk melihat keadaan ibunya.

"Kumpul di syurga insya-Allah ya ma. Allaahummaghfir laha warham ha wa'aafi ha wa'fu anha," tulisnya.

Terdahulu, Herliana mendapatkan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Premier Bintaro.

Pada 20 Julai lalu, Zaskia menjelaskan ibu mentuanya itu positif Covid-19 dan mengalami penurunan oksigen.

Ketika itu, Zaskia dan Irwansyah mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu mendoakan atau mencarikan hospital.

Dalam masa sama, Irwansyah menerusi Instagram sebelum itu turut memuatnaik gambar bersama kedua orang tuanya pada akhir Julai. 

"Kalau boleh jujur masih berharap sangat mama sembuh. Kelmarin sehingga telefon sana sini, tidak kisah letih dan mengantuk buat sedaya upaya sebagai manusia. 

"Alhamdulillah Allah bantu buat mendapatkan semua. Sekarang saya cuma mampu berusaha dengan doa kerana Allah yang memutuskan segalanya buat manusia, kita hanya boleh  berusaha tapi Allah yang berkehendak," tulisnya.

 

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Ogos 2021 @ 10:33 AM