Irwansyah dan isterinya, Zaskia.
Irwansyah dan isterinya, Zaskia.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Indonesia, Irwansyah tidak bercadang untuk memiliki lebih daripada seorang isteri.

Irwansyah berkata, biarpun Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin lebih dari satu, namun tanggungjawab yang harus dipikul tidak mudah.

"Ada seorang pun dah berat. Memang boleh (poligami) tidak dilarang, cuma tanggungjawab kita terhadap isteri selepas itu.

"Kalau dia ada terasa hati walaupun sedikit atau rasa tidak adil, dosanya sangat besar. Itu salah satu penghalang kita masuk syurga. Lagipun kita hidup di dunia ini cuma beberapa tahun saja," katanya.

Sementara itu, isteri Irwansyah iaitu Zaskia Sungkar berkata, dia masih belum memiliki kekuatan untuk mengizinkan suaminya berkahwin lagi tetapi jika sudah ditakdirkan, dia harus menerimanya.

"Kalau iman saya ada di tahap tinggi, mungkin saya bersedia. Wallahualam, jalan hidup kita masih panjang, bukan berhenti di sini saja. Mudah-mudahan saya boleh sampai ke tahap itu," katanya.

Irwansyah dan Zaskia berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan Maia Estianty mengenai isu poligami di saluran YouTube Maia Aleldul TV, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 January 2022 @ 12:59 PM