AKSI mesra Ariel dan BCL dalam video muzik lagu baharu mereka.
AKSI mesra Ariel dan BCL dalam video muzik lagu baharu mereka.
Agensi

Jakarta: Penyanyi Ariel Noah, 40, mendedahkan aksi mesranya bersama Bunga Citra Lestari atau BCL dalam video muzik lagu baharu mereka, Mencari Cinta, didorong penghayatan perasaan yang mendalam.

Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham berkongsi perkara itu dalam sesi temubual bersama rakan artis, Raffi Ahmad yang sempat bertanyakan isu terbabit.

Ramai berteka-teki mengenai kemesraan ditampilkan Ariel dan BCL dalam video muzik itu yang cukup intim. Adegan BCL memeluk Ariel dari belakang mencetuskan perdebatan ramai.

"Kerana perlu profesional, maka sampai terbawa-bawa perasaan (penghayatan) itu," katanya.

Terdahulu, BCL dan Noah menjadi artis pertama Asia dipilih platform penstriman video YouTube untuk mempromosi lagu di YouTube After Party.

Lagu duet Mencari Cinta itu menjadi sohor kini dengan lebih tiga juta tontonan dalam tempoh sehari.

Lagu itu berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada kedua peminat artis berkenaan. Videonya turut mendapat pujian dan cukup menyentuh hati netizen.

Lagu itu adalah kerjasama kedua BCL dan Noah. Terdahulu, mereka meledak apabila tampil dengan lagu Menghapus Jejakmu pada tahun lalu, yang turut menjadi sohor kini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Mei 2021 @ 10:59 AM