Najiy Jefri

Pasangan selebriti Korea Selatan Hyun Bin dan Son Ye-jin dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta sejak Mac tahun lalu.

Menerusi laporan sebuah portal, pasangan romantis itu sudah mengenali hati budi hampir lapan bulan selepas mereka membintangi drama bersiri Crash Landing On You yang mendapat sambutan hangat penonton seluruh dunia termasuk Malaysia.

Sebelum ini pasangan itu pernah menolak dakwaan perkhabaran itu, namun sumber terdekat Hyun Bin mengakui bahawa mereka mula rapat sejak Mac tahun lalu.

Lebih menguatkan spekulasi berkenaan, pasangan itu baru-baru ini ada memuat naik beberapa foto bersama dengan keterangan "Kekasih 2021 Hyun Bin dan Son Ye Jin."

Tidak lama selepas itu, agensi yang menaungi kedua-dua artis terbabit memberikan kenyataan rasmi mengenai status hubungan mereka.

"Hyun Bin dan Son Ye-jin telah menjalin hubungan atas urusan kerja dan sejak drama (Crash Landing On You) berakhir, mereka kemudiannya menjadi kekasih dengan perasaan baik satu sama lain," katanya.

Hubungan Hyun Bin dan Son Ye-jin dikabarkan bermula dari pertemuan dengan beberapa bintang Crash Landing On You setelah siri itu berakhir.

Saat pertemuan itu, mereka dilihar secocok kerana sama-sama menyukai sukan golf.

Kedua-duanya juga dilaporkan sempat berlatih golf bersama. Mereka juga dilaporkan kerap bermain golf bersama di salah satu lapangan di Gangwon.

SON Ye-jin dan Hyun Bin akui bercinta selepas hampir lapan bulan mengenali hati budi ketika membintangi drama bersiri Crash Landing On You.
SON Ye-jin dan Hyun Bin akui bercinta selepas hampir lapan bulan mengenali hati budi ketika membintangi drama bersiri Crash Landing On You.

Dalam masa sama, Son Ye-jin turut membuka bicara mengenai khabar angin hubungan asmara mereka melalui satu hantaran di Instagram miliknya.

Kata aktres jelita itu, dia mengakui malu dan segan apabila kisah cinta menjadi paparan utama bermula awal tahun berbanding berkaitan kerjaya.

"Saya bersyukur dapat bertemu dengan orang yang baik dan saya akan bekerja keras untuk menjaga (hubungan) dengan sebaik mungkin. Kasih sayang dan sokongan kalian semua selalu saya simpan dalam hati. Saya berharap akan banyak perkara baik di tahun baru. Semoga semuanya sihat," kata Son Ye Jin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 6:30 AM