RAF dalam satu entri terbaharu di Instagram mengenai anak keduanya. FOTO IG rafyaakob
RAF dalam satu entri terbaharu di Instagram mengenai anak keduanya. FOTO IG rafyaakob
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon Mawar Rashid selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak keduanya di pusat perubatan di sini jam 5.45 pagi hari ini.

Suaminya yang juga pelakon, Raf Yaakob berkata, bayi seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal.

"Syukur Alhamdulillah. Bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Ibu okey, bayi pun okey.

"Bayi dilahirkan secara normal. Saya sangat bangga dengan awak, Mawar," tulis Raf dalam satu entri terbaharu di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Raf turut berkongsi akaun Instagram khas anak keduanya sebagai ruang untuk berkongsi memori.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 10:05 PM