NAIM Daniel. FOTO IG Naim Daniel
NAIM Daniel. FOTO IG Naim Daniel
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel dinasihatkan doktor untuk berehat kerana berdepan kecederaan di bahagian rahang selepas terbabit dalam kemalangan, Khamis lalu.

Pengarah Urusan Peace World Entertainment, Usaid Hamdi yang mewakili Naim berkata, Naim mengadu kesakitannya semakin teruk sejak semalam. 

"Selepas kemalangan, dia bertahan dengan ubat penahan sakit dan masih nak teruskan untuk bekerja. Tapi, semalam dia mengadu yang rahangnya bertambah sakit. 

"Jadi, pihak kami dinasihatkan doktor supaya memberi ruang untuk Naim berehat buat sementara waktu," katanya kepada Harian Metro. 

Usaid ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Lara hari ini, juga memaklumkan bahawa Naim tidak dapat hadir. 

"Dia tak dapat hadir dan tak dapat buat persembahan. Jadi, kami mohon supaya semua pihak dapat mendoakan kesejahteraannya dan semoga dia dapat pulih secepat mungkin," katanya. 

Khamis lalu, Harian Metro melaporkan mengenai Naim yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menyebabkan rahangnya terkehel dan darah beku dalam gusi. 

Berita berkaitan

Naim Daniel kemalangan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 6:03 PM