Kang So-ra.
Kang So-ra.
Agensi

Seoul: Agensi pelakon popular Korea Selatan, Kang So-ra, 30, iaitu Plum Actors mengesahkan pelakon itu hamil anak sulung.

Pengesahan itu juga sekali gus menepis dakwaan mengatakan So-ra hamil anak luar nikah.

So-ra yang dikatakan berkahwin dengan seorang doktor pada Ogos lalu dijangka melahirkan anak pada April tahun depan.

Majlis perkahwinan mereka pula hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini sudah merancang mengadakan majlis resepsi perkahwinan tetapi terpaksa dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Pelakon utama filem Sunny ini pernah pernah bercinta dengan pelakon kacak Hyun Bin pada 2017 tetapi berpisah beberapa tahun selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2020 @ 9:29 AM