KANG So-ra
KANG So-ra
Agensi

HASRAT pelakon popular Korea Selatan Kang So-ra, 30, untuk merahsiakan identiti bakal suaminya tidak kesampaian apabila ia berjaya dikesan.

Sebelum ini, pelakon filem Sunny ini memaklumkan bakal suaminya adalah bukan dalam kalangan selebriti.

Menurut satu sumber, bakal suami pelakon cantik ini adalah seorang doktor berusia lewat 30-an.

Difahamkan, lelaki terbabit seorang yang baik hati dan datang daripada keluarga baik-baik selain sangat tampan.

"Ramai yang kelihatan terkejut mendengar berita pertunangan ini kerana kedua-duanya pandai merahsiakan perhubungan mereka. Bakal suaminya memang tampan dan mereka memang sepadan," kata sumber itu.

Majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada 29 Ogos ini yang hanya akan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Ini bukanlah cinta pertama So-ra kerana dia pernah bercinta dengan aktor kacak Hyun Bin pada 2017 tetapi berpisah beberapa tahun selepas itu.

Berita berkaitan

Kang So-ra kahwin hujung bulan ini

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2020 @ 11:34 AM