Pusara Glenn dihiasi replika gitar yang cukup sinonim dengan Glenn ketika membuat persembahan.
Pusara Glenn dihiasi replika gitar yang cukup sinonim dengan Glenn ketika membuat persembahan.
Agensi

 

PEMERGIAN penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly pada 8 April lalu mengejutkan seluruh pencinta muzik Indonesia.

Mungkin ramai tidak tahu, mendiang Glenn menderita penyakit meningitis atau radang selaput otak sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Namun baru-baru ini, netizen terharu melihat pusara Glenn Fredly yang dimuat naik pengguna akaun Instagram @uchiepatty.

Pusara itu sangatlah unik kerana dihiasi replika gitar yang cukup sinonim dengan Glenn ketika membuat persembahan.

Selain gitar, di bahagian bawah pusara juga tertulis pesanan indah. Dalam erti kata lain, mesej di sebalik kata-kata itu adalah Glenn tidak mahu orang bersedih ketika mengunjungi pusaranya.

Berikut kata-kata yang tertera di pusara Glenn.

"Bawa aku, baringkan aku di bawah pohon Tarbantin yang sejuk dan indah. Biarkanku menikmati sendiriku bersama-Mu, di bawah leontin langit biru kesayangan-Mu. Sungai, laut, bukit adalah kita. Aku hanya debu yang sangat kau cintai selamanya."

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 1:58 PM