SONAONE tidak meletakkan sasaran bila akan berkahwin. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
SONAONE tidak meletakkan sasaran bila akan berkahwin. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI hip hop, SonaOne, 32, memaklumkan akan mengumumkan secara terbuka sekiranya dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita yang masih lagi menjadi rahsia.

Sonaone atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach berkata, sekiranya tahun ini bakal menyaksikannya melangkah ke alam perkahwinan, dia tidak menolak.

"Bila dah buat keputusan untuk berkahwin, saya akan maklumkan kepada semua. Joe (Flizzow) dah bertemu pasangan hidupnya, mungkin selepas ini, giliran saya pula.

"Siapa tahu, kalau 2020 adalah tahun untuk saya menamatkan zaman bujang," katanya kepada Harian Metro.

Namun begitu, penyanyi berdarah campuran Malaysia-Perancis itu tidak meletakkan sasaran bila akan berkahwin.

"Saya dan kekasih masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Saya dalam industri seni, manakala dia bekerja dalam bidang pengurusan acara.

"Jadi, kami tak ada meletakkan sasaran bila akan berkahwin dan buat masa sekarang tidak terlalu terburu-buru," katanya.

SonaOne sehingga kini masih lagi tidak membuka mulut mengenai siapa gerangan kekasih hatinya. Tahun ini sudah masuk tahun ketujuh SonaOne dan gadis yang tiga tahun lebih muda daripadanya itu bercinta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 January 2020 @ 3:50 PM