AISHAH memuat naik paparan skrin IG dipercayai akaun palsu itu yang mengatakan sudah berhenti daripada mengikutinya. FOTO Arkib NSTP dan Instagram Aishah
AISHAH memuat naik paparan skrin IG dipercayai akaun palsu itu yang mengatakan sudah berhenti daripada mengikutinya. FOTO Arkib NSTP dan Instagram Aishah
Ardini Sophia Sina


PENYANYI popular, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah kecewa dengan komen melampau seorang warganet hanya kerana dia berkongsi status seorang peminat yang menyebut namanya di akaun Instagram (IG) Story miliknya.

Aishah menerusi IG berkata, dia melakukan sedemikian sebagai tanda menghargai serta bukti dia membaca setiap komen yang ditulis oleh pengikutnya di laman sosial.

"Orang kongsi semula komen peminat di IG Story pun dipanggil 'orang tua sakai guna IG'. Kalau berani, datang jumpa dan katakan di hadapan saya, boleh?

"Itu kalau awak beranilah, tak kecut lontar batu sembunyi tangan di belakang gambar hodoh tu. Malangnya, hati awak yang lebih hodoh," katanya.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu turut memuat naik paparan skrin IG dipercayai akaun palsu itu yang mengatakan sudah berhenti daripada mengikuti Aishah.

Isu berkenaan timbul apabila Aishah berkongsi semula detik menarik yang dimuat naik oleh peminatnya ketika dia membuat persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 Ahad lalu.

"IG saya, suka hati sayalah. Orang macam ni baik kita report saja supaya akaun troopers berbayar ini ditutup. Go get a life, please," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 3:52 PM