KENYATAAN berbalas dua gadis di Instagram.
KENYATAAN berbalas dua gadis di Instagram.
Najiy Jefri


PENYANYI Aliff Aziz didakwa curang buat kali ketiga selepas gambarnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular hari ini.

Selain gambar, turut tersebar ialah satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.

Difahamkan, gambar itu dipercayai dirakamkan Nismel itu disebarkan rakan baiknya yang dikenali sebagai Manja ekoran perselisihan faham mengenai hutang.

“Ya Allah Nismel takkanlah dengan laki orang pun kau nak? Kau ni tak kesian ke dengan anak bini dia? Dahlah hutang tak bayar. Pastu kau buat hal Kau ni nak jadi apa?” tulis Manja di Instagram Story.

Nismel menerusi Instagram Story pula dilihat berang dengan tindakan Manja menyebarkan gambarnya itu dan meminta rakannya itu memadam segera gambar terbabit.

Nismel turut mendakwa Manja seperti ‘tidak ada otak’ kerana menyebarkan gambar itu dan meminta orang ramai jangan membuat tuduhan jika tidak tahu cerita sebenar.

Selain memuat naik foto mesra kawannya dengan Aliff, Manja turut memuat naik beberapa bukti lain termasuk perbualannya bersama isteri Aliff, Bella Astillah.

Bella yang berterima kasih dengan perkongsian itu turut memuji tindakan Manja yang dilihat cuba membantu dirinya.

“Anda sudah membantu saya. Insya-Allah semoga Allah bantu awak pula. Maksudnya awak masih ada hati dan perasaan serta ada rasa kasihan,” kata Bella yang menghantar ‘voice note’ kepada Manja.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Aliff dan Bella tidak berjaya apabila kedua-duanya tidak menjawab panggilan dan mesej.

Instagram Aliff pula mula dihujani komen berhubung gambar yang tular itu. Sejak pagi tadi, gambar terbaru yang dimuat naiknya mula ‘diserang’ netizen di ruangan komen.

Antaranya pemilik akaun @azzanudinabas memuat naik komen, “Hai netizen semua! Kembali lagi anda di rancangan Aliff Curang Lagi (edisi Ramadan).

Ramai juga yang mempersoalkan Alif kena mahu curang lagi selain ada yang enggan meletakkan komen atas alasan menghormati bulan Ramadan.

Tinjauan di Instagram juga mendapati Aliff dan Nismel masing-masing mengikuti satu sama lain.

Pada 2017, Aliff mencetus kontroversi apabila berlaku curang apabila keluar berhibur bersama pelakon Afifah Nasir di pusat karaoke.

Februari lalu, Aliff sekali lagi mencetus kontroversi apabila keluar bersama pelakon Oktovia Manrose seperti didedahkan Bella.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2019 @ 2:37 PM