JOHAN selalu berhubung dengan kekasih melalui WhatsApp dan panggilan video. FOTO Mahzir Mat Isa
JOHAN selalu berhubung dengan kekasih melalui WhatsApp dan panggilan video. FOTO Mahzir Mat Isa
Amirul Haswendy Ashari


PELAKON Johan As'ari mengakui tidak kisah seandainya ditakdirkan tiada jodoh dengan teman wanitanya yang dikenali sebagai Letty.

Johan ketika ditemui Harian Metro, berkata hubungan mereka sangat profesional dan masing-masing menghormati impian yang ingin dicapai.

"Kami selalu berhubung melalui WhatsApp dan panggilan video. Dia faham kerjaya sebagai pelakon dan mahu saya mencapai impian.

"Begitu juga dengannya yang sibuk melengkapkan Doktor Falsafah di United Kingdom," katanya.

Malah Letty sibuk membantu mengurus bisnes keluarganya mengendali hotel butik di beberapa negara.

Katanya, seandainya mereka ditakdirkan berkahwin dengan orang lain sekali pun, mereka berdua menerima takdir itu.

"Pada Syawal lalu, saya berkesempatan berhari raya bersama keluarga di Perlis.

"Keluarganya juga terbuka mengenai status hubungan kami sebagai 'teman tapi mesra' dan faham dengan tuntutan kerjaya masing-masing," katanya.

Pelakon filem Juvana itu berkata, ibu Letty menyukainya dan tetap berharap ada 'jodoh' mereka namun faham kedua-duanya ada impian yang mahu dikecapi.

Imbas kembali, hubungan jarak jauh antara Johan dengan gadis kacukan Malaysia-Amsterdam itu berputik sejak sembilan bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 @ 4:00 PM