UJANG Exist memukul dram secara solo menggunakan kayu stick dram siri 'Signature' jenama Promark di kedai muzik JS Music, Jalan Imbi, Bukit Bintang. FOTO Nik Hariff Hassan
UJANG Exist memukul dram secara solo menggunakan kayu stick dram siri 'Signature' jenama Promark di kedai muzik JS Music, Jalan Imbi, Bukit Bintang. FOTO Nik Hariff Hassan
Syanty Octavia Amry


PEMAIN dram kumpulan Exist, Saharudin Saniman atau Ujang menafikan dia mempunyai masalah rumah tangga berikutan beberapa kali memuat naik status meragukan mengenai dirinya di laman Facebook.

Terkejut apabila mendapat tahu status berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet, Ujang berkata, apa yang ditulis itu hanyalah sekadar suka-suka.

"Apa yang saya tulis ini hanyalah suka-suka, tidak ada maksud yang tersirat. Namun tidak saya nafikan isteri turut merajuk dengan status yang ditulis.

"Jujurnya saya tidak ada niat untuk menyakiti hatinya kerana niat menulis ini sekadar bergurau saja," katanya.

Ujang ditemui pada majlis pelancaran kayu dram siri signature Promark di JS Music, Jalan Imbi, Kuala Lumpur hari ini, berkata, selepas beberapa kali memuat naik gambar dengan kapsyen seolah-olah dia mahu mencari isteri baru, anak juga menegur tindakannya itu.

"Anak turut menegur apa yang saya buat, padahal tidak ada apa-apa yang berlaku pun.

"Saya juga sudah menjelaskan kepada isteri dan memohon maaf mengenai perkara ini. Bohonglah kalau dia tidak merajuk tetapi saya sudah menjelaskan hal sebenar dan berjanji tidak akan mengulangi hal ini lagi," katanya.

Katanya, dia tidak akan memuat naik status yang membuatkan warganet berfikir rumah tangganya tidak bahagia.

"Kami masih seperti dulu, tiada apa pun yang berlaku,” katanya.

Difahamkan status berkenaan sudah pun dipadamkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 3:31 PM