KAPSYEN gambar di Instagram Ruby, isteri Lan Pet Pet. FOTO Instagram rubychewan
KAPSYEN gambar di Instagram Ruby, isteri Lan Pet Pet. FOTO Instagram rubychewan
Ardini Sophia Sina


“SETIAP kecaman dan celaan, saya maafkan,” kata Ruby atau Rubitah Che Wan yang juga isteri kepada pelawak Lan Pet Pet menerusi kapsyen gambar di akaun Instagram miliknya.

Ruby yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan itu berkata, setiap perkara buruk Allah izinkan berlaku pasti ada hikmahnya.

“Pandangan mata zahir manusia mungkin nampak buruk. Pandangan dengan hikmah akan berikan kita rasa tenang dan terima setiap apa yang Allah takdirkan itu dengan reda.

“Kerana setiap kejadian buruk ada kebaikan di sebaliknya. Insya-Allah, saya maafkan ‘in advance’, kerana kita semua manusia tidak sempurna,” katanya.

Ruby turut berkongsi ilmu berkaitan amalan ringan pembawa ke syurga iaitu dengan memaafkan setiap orang dan membersihkan diri daripada segala rasa iri dan benci.

“Tidurlah setiap malam dalam keadaan tanpa dendam dan rasa sakit hati. Amalkan sebelum tidur setiap hari. Ringan bukan bermakna mudah dilakukan namun perlu dalam sesuatu keadaan.

“Sambil baring saja boleh memaafkan sesiapa saja. Insya-Allah, syurga menanti. Fadilatnya sudah dibuktikan oleh sahabat Nabi,” katanya.

Semalam, tular di media sosial rakaman dan keratan (footage) kamera litar tertutup memaparkan pelawak popular era 90-an bertikam lidah dengan seorang pengawal taman perumahan sebelum bertindak memukul, menendang serta membaling batu.

Warganet tidak hanya menyerang Instagram Lan tetapi turut meninggalkan komen di akaun Ruby meminta wanita itu menasihati suaminya supaya berubah sikap dan belajar menghormati orang yang lebih tua.

Hari ini, Harian Metro sekali lagi cuba menghubungi pasangan berkenaan namun mesej menerusi aplikasi WhatsApp masih tidak berbalas serta telefon bimbit juga turut dimatikan.

Berita berkaitan

Pelawak belasah 'pak guard' bebas dengan jaminan

Pelawak tumbuk pengawal keselamatan ditahan

Pengawal keselamatan cedera ditumbuk pelawak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 7:00 PM