AMMAR (kiri) bersama Amyra. FOTO arkib NSTP
AMMAR (kiri) bersama Amyra. FOTO arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON Amar Baharin mengakui namanya semakin ‘dilupakan’ apabila dia kurang muncul di kaca TV selepas tiada drama terbaru lakonannya ditayangkan.

Amar yang juga suami kepada pelakon jelita, Amyra Rosli berkata, semua itu berlaku apabila dia fokus dengan penggambaran drama bersiri 100 episod iaitu Jodoh-Jodoh Anisa.

“Kebanyakan masa saya adalah di lokasi penggambaran drama itu. Saya memang fokus kepada drama itu saja dan tidak terbabit dalam penggambaran drama lain. Tak sangka pula, ada risiko yang saya perlu hadapi,” katanya.

Amar berkata, dia menjadikan itu sebagai pengajaran dan akan cuba menyusun atur strategi supaya perjalanan kerjayanya bertambah baik selepas ini.

“Disebabkan jarang muncul di TV, ada peminat mula tertanya-tanya sama ada saya memang sudah tidak tonjolkan diri atau bagaimana. Saya jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Jadi, selepas ini, saya akan menyusun atur jadual kerja dengan lebih baik sekiranya saya dapat tawaran untuk drama bersiri yang panjang begini,” katanya.

Selain Amar, Jodoh Jodoh Anisa turut membariskan pelakon lain seperti Izara Aishah, Shahz Jaszle, Afiq Muiz dan ramai lagi.

Penggambaran drama bersiri itu sudah bermula sejak Julai lalu dan dijangka selesai April tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Disember 2018 @ 2:47 PM