Izzue tetap dengan pendirikan keluar Forteen. FOTO HM Digital
Izzue tetap dengan pendirikan keluar Forteen. FOTO HM Digital
Amirul Haswendy Ashari


PELAKON dan penyanyi, Izzue Islam, 28, muktamad dengan pendiriannya untuk keluar daripada kumpulan Forteen selepas mengambil keputusan untuk mengundur diri bulan lalu.

Izzue ketika ditemui berkata, dia tidak terkilan dengan apa yang berlaku.

“Kami masih berkawan. Saya juga tiada masalah jika ada permintaan untuk menjadi penyanyi undangan dalam lagu Forteen pada masa depan," katanya.

Dalam pada itu, dia akui impak diterima susulan isu lalu tidaklah seteruk yang diperkatakan peminat.

Peminat Forteen dan ahli kumpulan masih memberi sokongan kuat seperti dulu.

Katanya, segala urusan seni masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Malah, banyak impian tersimpan sebelum ini dapat direalisasikan antaranya untuk menceburi bidang pengacaraan.

"Perbezaan pasti ada. Iya lah, dulu berkumpulan, kini solo tapi dari sudut kerja masih sama," katanya.

Izzue mengejutkan peminat apabila mengumumkan berundur daripada Forteen pada segmen karpet merah final Gegar Vaganza musim kelima (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 8:17 PM