Amaris dan Syazwani timang anak lelaki. FOTO Instagram/HM Digital
Amaris dan Syazwani timang anak lelaki. FOTO Instagram/HM Digital
Najiy Jefri


PELAKON Amran Ismail berkongsi berita gembira apabila bergelar bapa selepas isterinya, Nur Syazwani Alias selamat melahirkan bayi lelaki.

Amran atau lebih dikenali Putra Amaris memohon peminat agar mendoakan anaknya yang dilahirkan pada 20 November lalu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“Syukur Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada 20 November lalu.

“Mohon doa daripada kalian anak kami membesar dengan sihat, kuat dan menjadi anak yang soleh pejuang agama Allah,” tulisnya.

Amaris berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya hari ini selepas hampir seminggu anaknya dilahirkan.

Amaris dan Syazwani berkahwin 5 Januari lalu di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 November 2018 @ 10:10 PM