Betty dan Zahida ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO Ihsan IG Betty/Umie Aida
Betty dan Zahida ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO Ihsan IG Betty/Umie Aida
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON, Betty Banafe berkongsi khabar gembira apabila dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Betty, 39 atau Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe berangkat ke Tanah Suci Makkah, hari ini.

“Saya mohon dimaafkan segala kesalahan baik berupa tulisan, kata dan perbuatan melukai atau menyinggung perasaan.

“Demikian juga jika saya ada hutang atau janji yang belum saya penuhi, mohon untuk maklumkan segera kepada saya agar selama mengerjakan haji saya benar-benar dalam kondisi bersih dan merdeka,” tulisnya.

Menerusi status sama, Betty berharap ibadah rukun Islam kelima itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Mohon doa tulus supaya saya dapat melaksanakan haji sesuai sunnah Rasulullah SAW, diberikan kesabaran dan kemudahan hingga mendapatkan haji mabrur serta pulang dengan selamat,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story pelakon Datin Seri Umie Aida, rakannya yang juga pelakon, Zahida Rafik turut berangkat sama mengerjakan ibadah haji.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Ogos 2018 @ 8:55 PM