Priyanka (kiri) tayang cincin berlian pertunangan dengan Nick ketika bersama rakannya, Raveena. FOTO Official Raveena Tandon/Instagram/AFP
Priyanka (kiri) tayang cincin berlian pertunangan dengan Nick ketika bersama rakannya, Raveena. FOTO Official Raveena Tandon/Instagram/AFP
Daily Mail

AKTRES India, Priyanka Chopra akhirnya mengesahkan khabar angin pertunangannya dengan Nick Jonas selepas menunjukkan cincin berlian dipakainya di laman Instagram.

Mereka dipercayai bertunang bulan lalu ketika berkunjung bersama ke London.

Aktres berusia 36 tahun itu kini berada di Mumbai, India untuk menjalani penggambaran.

Dia bagaimanapun membuat pendedahan mengejutkan apabila bergambar dengan bintang Bollywood, Raveena Tandon yang kemudian mengirimkannya ke media sosial.

Beberapa jam sebelum itu, Nick, 25 yang juga penyanyi dan penulis lagu, merancang bersama Priyanka untuk memperkenalkan keluarga mereka kepada satu sama lain di Mumbai, hujung minggu ini.

Menerusi laman web DNAIndia.com yang melaporkan, Priyanka turut bercadang mengadakan majlis untuk teman rapat dan ahli keluarganya minggu ini yang akan disertai Nick dan keluarganya di India.

“Priyanka sudah menghantar mesej kepada rakan-rakannya dan ahli keluarga untuk menghadiri majlis 18 Ogos itu,” menurut sumber memberitahu laman web itu.

“Ia cukup tempoh sebulan selepas dia menyambut hari lahirnya dan aktres terbabit merasakan dia akan membuat pengumuman rasmi hubungan mereka pada majlis itu.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Ogos 2018 @ 4:02 PM