Sangeeta kagumi Tun Mahathir. FOTO ROHANIS SHUKRI
Sangeeta kagumi Tun Mahathir. FOTO ROHANIS SHUKRI
Norhayati Nordin


PELAKON Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-29, Sangeeta, 32, mengakui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah inspirasinya.

Apatah lagi, tatkala melihat semangat perjuangan Tun yang masih tebal untuk negara pada usia beliau yang mencecah 93 tahun.

Sangeeta ketika ditemui di Putrajaya baru-baru ini berkata dia membesar dalam pemerintahan Tun ketika menjadi Perdana Menteri keempat.

"Mungkin saya sudah sinonim dengan semangat perjuangan beliau yang tinggi terutama kejayaan membangunkan Malaysia.

"Justeru, apabila melihat beliau buat kali keduanya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, saya menangis gembira.

“€œDitambah, pada usia sudah melewati 90-an beliau tetap bertenaga dan tenang saja menunggu sebelum acara rasmi berlangsung.

"Melihatkan kecekalan itu, saya sematkan dalam hati kena bersemangat waja seperti beliau ketika bekerja,”€ katanya.

Menurut pemilik nama sebenar Sangeeta Krishnasamy yang dikenali menerusi filem Adiwiraku ini, dia sangat kagum dengan semangat Perdana Menteri.

"Kalau beliau yang sudah lewat usia itu mampu tenang, cekal dan bersemangat, kenapa saya harus lemah.

"Sewajarnya orang muda seperti saya perlu lebih kuat terutama ketika bekerja. Saya harus lebih bersemangat,”€ katanya.

Atas paksi itu, Sangeeta nekad melakukan sendiri babak aksi untuk lakonannya dalam drama Banteras arahan Ghaz Abu Bakar.

Drama Banteras sebanyak 12 episod memaparkan kisah kecekalan pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan kes membabitkan rasuah.

Selain Sangeeta, barisan pelakon lain yang membintangi Banteras ialah Khir Rahman, Kamal Adli dan Zahiril Adzim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 3:14 PM