ANTARA babak menarik Dukun.
ANTARA babak menarik Dukun.
Najiy Jefri

Tatkala pengumuman Dukun arahan Dain Said akan ditayangkan di seluruh negara Khamis lalu, ramai beranggapan filem itu adaptasi daripada kisah benar pembunuhan ahli politik Datuk Mazlan Idris oleh Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam.

Filem sepatutnya ditayangkan hujung 2016 itu terperap hampir 12 tahun dan akhirnya ditayangkan menerusi 100 panggung di seluruh Malaysia termasuk Brunei.

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, dia menafikan filem itu mempunyai persamaan dengan mana-mana individu sebaliknya mengangkat kisah ketaasuban manusia dalam mempercayai syirik dan khurafat.

“Kisah sebegini berlaku dalam masyarakat kita. Ada orang memilih jalan mudah dengan membelakangkan agama.

“Ia bukan berkisar mengenai sesiapa sebaliknya naskhah ini digarap dengan jalan cerita tersendiri yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian kita,” katanya.

Tambah Najwa, khabar angin mengatakan filem Dukun arahan Dain Said diharamkan tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) menyebabkan ia tertangguh hampir 12 tahun adalah tidak benar.

Katanya, LPF tidak pernah mengharamkan tayangan sebaliknya menunggu tarikh sesuai untuk dipertontonkan kepada rakyat Malaysia.

ANTARA babak menarik Dukun.
ANTARA babak menarik Dukun.

“Pihak LPF tidak pernah mengharamkan tayangan filem ini sebaliknya ia hanya andaian orang ramai selepas lama tertangguh.

“Setiap tahun Astro Shaw menerbitkan lebih empat filem jadi kami mahu pastikan tayangannya tepat pada waktu. Ia juga strategi pemasaran terbaik supaya dapat menarik lebih ramai penonton menyaksikan filem tempatan,” katanya.

Najwa berkata, LPF sudah memberikan ‘lampu hijau’ kepada filem Dukun sejak akhir 2006 namun terpaksa memotong lima aksi berunsur ganas dan khurafat sebelum ditayang kepada umum.

“LPF memberi klasifikasi P13 kepada filem Dukun dan membuang lima aksi, namun ia tidak menjejaskan jalan ceritanya.

“Saya berharap rakyat Malaysia akan menyokong filem tempatan kerana hanya tiga peratus filem tempatan yang berjaya mengungguli carta Box Office di Malaysia tahun lalu.

“Justeru, sama-sama kita bersatu dan memartabatkan filem tempatan,” katanya.

ANTARA babak menarik Dukun.
ANTARA babak menarik Dukun.

Najwa juga bersyukur apabila gimik penyebaran video kelibat hantu berkebaya merah minggu lalu tular dan meraih 27 juta tontonan.

Katanya, Astro Shaw memang sengaja menerbitkan video itu dengan tujuan untuk ia menjadi tular dalam usaha melakukan kempen mempromosikan filem Dukun yang terperam lebih sedekad.

Filem yang menelan belanjan RM2.5 juta itu dibintangi Datin Paduka Umie Aida, Namron, Faizal Hussien, Elyana, Adlin Aman Ramlie dan Bront Palarae.

Umie jilat dinding penjara Pudu

Berkongsi pengalaman menjayakan filem terbabit, Umie Aida mengakui tidak sedar menjilat dinding Penjara Pudu yang tidak dialas ketika melakonkan babak terbabit.

Umie berkata, pengarah Dain Said sudah memaklumkan supaya menjilat dinding yang dialas kertas minyak, namun ketika babak terbabit dia tidak sedar.

“Apabila pengarah jerit ‘action’ saya terus lupa diri. Lain tempat dialas, lain tempat yang dijilat.

“Jangan tanya macam mana rasa dinding Penjara Pudu sebab bila saya dirasuk dan roh lakonan dah masuk dalam badan, semua saya langgar,” katanya ketawa.

Ketika ditanya babak paling mencabar, Umie pantas menjawab berada di dalam sel.

ANTARA babak menarik Dukun.
ANTARA babak menarik Dukun.

“Bayangkan, ketika ‘menurun’ dalam penjara saya terpaksa duduk di atas adik saya, pelakon Betty kerana babak terbabit saya ‘pinjam’ kaki Betty!

“Sakit pinggang usah cakaplah kerana bukan mudah untuk menjayakannya. Betty juga bekerja keras kerana terpaksa bergerak dalam keadaan baring sedang saya berada di atas badan dia,” katanya.

Sementara itu, pelakon Faizal Hussein mendedahkan sebelum ditawarkan watak dalam Dukun, dia perlu menjalani uji bakat.

“Ini filem pertama yang memerlukan saya menghadiri uji bakat. Pada mulanya, saya tolak namun selepas diberi penjelasan, barulah faham.

“Pada sesi uji bakat itu, saya diminta buat monolog dan berdialog dengan semua pelakon. Proses itu dilakukan selama beberapa hari.

“Kali terakhir, Dain minta saya datang dengan memakai sut dan wajah kusut masai tidak bercukur. Sebaik melihat penampilan saya, Dain terus tawarkan saya watak utama,” katanya.

ANTARA babak menarik Dukun.
ANTARA babak menarik Dukun.

Elyana pula berkata, ketika filem itu dihasilkan dia baru berusia 18 tahun dan masih ingat dengan jelas bagaimana rasa takut apabila ada babak bersama Umie.

Kata Elyana, rasa itu mungkin disebabkan dia memandang tinggi Umie sebagai seorang pelakon berkaliber dan ia antara pengalaman paling berharga dalam hidupnya.

“Memang saya gementar bila ada babak dengan Umie. Dia ada aura yang buat saya takut dan gemuruh.

“Hampir sebulan saya berlatih dengan Umie Aida bagi mendapatkan gaya dan pergerakan sama seperti watak Diana,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 April 2018 @ 3:52 AM