Diana tidak mahu bercakap mengenai perkembangan terbaru Farid. FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
Diana tidak mahu bercakap mengenai perkembangan terbaru Farid. FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
Amirul Haswendy Ashari


"SAYA benar-benar tidak mahu bercakap mengenai isu peribadi walau pun secara umum.

"I just don't want to talk about it, no but... (Saya tidak mahu bercakap mengenainya, tidak tetapi...)," tegas Datin Diana Danielle, 26, ketika diminta berkongsi perkembangan terbaru situasi yang melanda suaminya, Datuk Farid Kamil, 37.

Beliau ditemui selepas menjadi juri jemputan Separuh Akhir Bintang Mencari Bintang 2018 di Sri Pentas 2, Alam Sentral, semalam.

Minggu lalu, penyanyi nasyid, Osh atau nama sebenar Ahmad Fairuz Ahmad Rusli dan Taj atau Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir dari kumpulan Innuendo dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid.

Ia susulan pada 31 Januari lalu Farid membuat laporan polis dengan mendakwa tiga rakan artisnya mencemarkan minumannya dengan bahan terlarang.

Kejadian itu mendorong beliau bertindak ganas di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

Pendedahan turut membawa kepada penahanan pelakon Sofi Jikan selepas didapati berada di bawah pengaruh dadah ketika hadir memberi keterangan mengenai kes itu di Balai Polis Kota Damansara pada 6 Februari lalu.

Berita berkaitan:

Taj lega negatif dadah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2018 @ 6:45 PM