HM Digital

Mutakhir ini nama pelakon Farah Nabilah kian menjadi sebutan ramai peminat. Malah Cik Pang dapati jumlah pengikut Farah dalam Instagram semakin bertambah.

Khabarnya ramai ‘jatuh cinta’ dengan bakat Farah dan tak putus-putus memberikan sokongan. Apapun, di sebalik perkembangan positif itu terselit kisah kurang sedap didengar apabila Farah dikatakan semakin sombong dan mula ‘demand’.

Dakwa sumber yang menyampaikan cerita ini, Farah sudah berubah selepas popular menerusi drama Titian Cinta yang disiarkan TV3.

Persoalannya, ‘demand’ pada aspek apa? Adakah soal bayaran, layanan, solekan atau pakaian yang digayakan? Hal ini tak pula dicerita secara jelas.

Dalam hal ini Cik Pang tidak berpihak pada sesiapa kerana hanya dengar daripada sebelah pihak. Cuma, jauh di sudut hati Cik Pang berharap ia hanya sekadar cakap-cakap orang dan tidak benar sama sekali.

Bukan apa, Farah kian bersinar dalam industri dan perjalanannya masih jauh. Sayanglah kalau awal-awal sudah terpalit dengan cerita seperti ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2018 @ 5:28 AM