MINA
MINA
Georgie Joseph

[email protected].

Anggota AOA iaitu Mina berkongsi penderitaan yang dialaminya selepas saraf wajahnya disahkan lumpuh awal tahun ini.

“Saya disahkan mengalami masalah itu pada April lalu. Ia memberikan kesan pada bahagian tangan kiri dan muka.

“Doktor mengesahkan masalah itu berpunca daripada insomnia atau tekanan. Padahal, saya tidak pernah rasa tertekan pun namun mungkin tidak merasainya secara mental,” katanya.

Menurut Mina, lebih membuatkan hidupnya sukar adalah kelumpuhan itu nampaknya berpanjangan daripada yang dijangkakannya.

“Saya ingatkan ia akan kembali normal dalam masa dua hingga tiga bulan membuatkan saya sangat takut. Saya mahu berlakon tapi saya tidak boleh,” katanya.

Bagaimanapun, dia sangat bersyukur mendapat sokongan berterusan daripada anggota AOA yang lain.

“Mereka akan sentiasa menemani saya ke hospital setiap kali menjalani pemeriksaan. Mereka juga berulang kali menyuruh saya terus kuat apabila mula berlakon kembali kelak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2017 @ 5:16 AM