JIMIN keluar dari kumpulan AOA di Korea Selatan.
JIMIN keluar dari kumpulan AOA di Korea Selatan.
Agensi

 

PENYANYI Jimin tinggalkan kumpulan AOA selepas dia didakwa pernah membuli bekas anggota kumpulan terbabit iaitu Mina.

Pengumuman itu dibuat agensinya, FNC Entertainment semalam di mana menurut kenyataan itu, Jimin bakal hentikan semua aktiviti seninya.

"Pertama sekali, kami mohon maaf kerana menyebabkan ramai risau mengenai kejadian membabitkan Jimin yang terbongkar baru-baru ini.

"Mulai sekarang, Jimin memutuskan untuk tinggalkan AOA dan hentikan semua aktivitinya dalam industri hiburan. 

"Sebagai tambahan, agensi kami akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. Kami akan beri fokus terbaik dalam menguruskan artis kami," demikian kenyataan itu.

Kelmarin, Mina mendedahkan di Instagram dia pernah dibuli Jimin selama beberapa tahun sewaktu dia masih menganggotai AOA.

Dia turut mendedahkan Jimin kemudian datang meminta maaf kepadanya selepas perkongsian itu dibuat. Bagaimanapun, Mina tidak yakin Jimin ikhlas mohon maaf.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 2:25 PM