Elvina disahkan doktor tiada ketumbuhan serius atau kanser. FOTO ELVINA MOHAMAD
Elvina disahkan doktor tiada ketumbuhan serius atau kanser. FOTO ELVINA MOHAMAD
Rudy Imran Shamsudin


PELAKON popular Elvina Mohamad lega apabila disahkan hanya mengalami ketumbuhan biasa dan tidak ada kaitan dengan penyakit serius atau kanser.

Elvina, 22, berkata, dia akan menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur esok bagi membuang ketumbuhan di bahagian usus itu.

€œSaya mula rasa tidak selesa di bahagian rektum sejak enam bulan lalu tetapi hanya berkesempatan mendapatkan rawatan, baru-baru ini kerana sibuk dengan penggambaran.

€œSaya bersyukur apabila doktor mengesahkan ia hanya ketumbuhan biasa dan tidak serius. Ia tidak ada kaitan dengan kanser, katanya yang dimasukkan ke wad hari ini.

Disebabkan ia tidak serius, pelakon utama drama bersiri Jojie Gigil itu membuat keputusan untuk menjalani pembedahan esok selepas penggambaran drama bersiri terbaru lakonannya, Kalis Kasih selesai.

Menurut Elvina, doktor akan melakukan pembedahan kecil dan dia diminta untuk berpuasa hari ini di samping menjalani beberapa ujian.

€œWalaupun pembedahan ini kecil, tetapi doktor meminta saya berehat panjang bagi memastikan luka dalaman sembuh dengan cepat.

€œSaya juga dinasihatkan tidak melakukan aktiviti berat buat sementara waktu sehinggalah rawatan selesai,€ katanya yang akan bercuti selama dua minggu sebelum kembali ke lokasi penggambaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 8:15 PM