Foto Zulin yang tersebar di internet. FOTO Zulin Aziz
Foto Zulin yang tersebar di internet. FOTO Zulin Aziz
Najiy Jefri


PENGACARA dan pelakon Zulin Aziz berharap isu video yang memaparkan dia tidak bertudung tidak diperbesar-besarkan.

Kata Zulin, sepatutnya video terbabit tidak perlu dimuat naik, bagaimanapun mungkin berlaku kesilapan.

"Video itu diambil ketika saya berkunjung ke rumah kakak pelakon Ahya Rosli malam tadi. Saya sedar video itu diambil tetapi tidak sangka ia dimuat naik di akaun Instagramnya dan dikongsikan kepada umum.

"Sebenarnya saya dengan ahli keluarga Ahya sangat rapat. Kami ibarat keluarga apabila sering bertemu dan bermalam di rumah mereka.

"Saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan kerana video diambil ketika saya berada dalam rumah. Lagipun ketika saya tidak memakai tudung, Ahya tiada di rumah,€ katanya.

Menurut Zulin, dia tidak terkesan dengan kritikan netizen malah menyifatkan apa yang berlaku tidak menjejaskan namanya.

"Saya tidak kisah apa orang ingin katakan kerana mereka tidak tahu proses yang saya lalui ini. Berilah saya ruang untuk berubah secara perlahan-lahan.

"Saya akui mungkin ramai terkejut dengan apa yang berlaku, tapi bukannya saya tidak mengenakan tudung di luar rumah. Penghijrahan ini memerlukan masa dan bukan dilakukan semata-mata mahu mengikut orang," katanya.

Sejak malam tadi kecoh di media sosial apabila video Zulin tidak memakai tudung di rumah keluarga Ahya tersebar di internet sehingga dikecam teruk di internet.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 7:29 PM