Gaji permulaan terendah kakitangan awam iaitu RM1,200 sebulan berkuat kuasa 1 Julai tahun depan. - Foto NSTP (Fail)
Gaji permulaan terendah kakitangan awam iaitu RM1,200 sebulan berkuat kuasa 1 Julai tahun depan. - Foto NSTP (Fail)

Kuala Lumpur: Gaji permulaan terendah Perkhidmatan Awam yang baharu iaitu bermula RM1,200 sebulan akan berkuat kuasa 1 Julai tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, mulai 1 November 2015, kerajaan menaikkan kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) termasuk kepada Kumpulan Pelaksana pada kadar minimum RM300 sebulan dan bagi pegawai mendiami kuarters, menerima 25 peratus daripada kadar ITP.

"Penambahbaikan ini dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 8 Tahun 2015 - Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan," katanya melalui jawapan bertulis kepada soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Irmohizam ingin mengetahui jika kerajaan bercadang menaikkan gaji minimum kakitangan awam kerana kadar kenaikan tahunan tidak seimbang dengan kadar kenaikan kos sara hidup. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 5:32 PM