Oleh Ardyhansah Amat

Ranau: Seramai 135 pendaki termasuk 55 pelancong dari dalam dan luar negara memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu pada hari pertama pembukaannya selepas gempa bumi pada 5 Jun lalu, di sini, hari ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pihaknya gembira gunung ikonik negara itu akhirnya dibuka kepada umum termasuk laluan sehingga ke puncak selepas semua kerja pembaikan di kawasan laluan pendakian khususnya.

"Kita mengambil masa kurang enam bulan untuk melakukan kerja pembaikan dengan kos keseluruhan kurang RM400,000.

"Bermula hari ini juga, kadar bayaran kepada malim gunung juga dinaikkan selain turut diberi perlindungan insurans sepenuhnya termasuk insurans nyawa," katanya ketika melancarkan 'Flag Off' Pendakian Ke Kemuncak Gunung Kinabalu, di sini, hari ini.

Kadar bayaran baru ditetapkan pada RM230 bagi seorang malim gunung, berbanding RM150 sebelum ini.

Turut hadir Pengarah Taman Taman Sabah Dr Jamili Nais, Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah dan pendaki solo Negara di Gunung Everest Ravi Chandran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2015 @ 12:56 PM
ANTARA 135 pendaki yang memulakan pendakian pada hari pertama pembukaan selepas gempa bumi. FOTO Ardyhansah Amat
ANTARA 135 pendaki yang memulakan pendakian pada hari pertama pembukaan selepas gempa bumi. FOTO Ardyhansah Amat
PEGAWAI Taman-Taman Sabah (kanan) memberi taklimat. FOTO Ardyhansah Amat
PEGAWAI Taman-Taman Sabah (kanan) memberi taklimat. FOTO Ardyhansah Amat
PENDAKIAN ke Kemuncak Gunung Kinabalu dilancarkan Masidi. FOTO Ardyhansah Amat