DUA suspek disyaki melakukan rompakan di kedai gunting rambut dirakam CCTV kedai berhampiran.
DUA suspek disyaki melakukan rompakan di kedai gunting rambut dirakam CCTV kedai berhampiran.
Oleh Mmohd Hilmie Hussin


Melaka: Meronda dan masuk ke hampir semua kedai serta berpura-pura sebagai pelanggan, dua lelaki menyamun sebuah kedai salun, petang kelmarin di Plaza Melaka, Jalan Hang Tuah, di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, seorang wanita pemilik salun diacu senjata tajam dipercayai pisau oleh dua perompak ketika melayan pelanggan.

Difahamkan dalam kejadian jam 6 petang, mangsa berusia 27 tahun yang juga pemilik salun, melayan dua pelanggan wanita tiba-tiba didatangi dua lelaki bertanyakan potongan rambut yang sesuai.

Menurut sumber, difahamkan dua lelaki itu memasuki premis itu dan seorang daripadanya berpura-pura bertanyakan mengenai potongan rambut.

“Pengadu diacukan senjata dipercayai pisau di leher sebelum dia (pengadu) dan pelanggan dibawa ke bilik stor di belakang premis.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 5:35 AM