Chin (dua dari kanan) bergambar bersama pengurusan  di hadapan bangunan Rumah Kelab Pavilion.
Chin (dua dari kanan) bergambar bersama pengurusan di hadapan bangunan Rumah Kelab Pavilion.

Kuantan: Tunas Land Sdn Bhd, anak syarikat Tunas Capital Sdn Bhd melancarkan fasa pertama Kediaman Hermoso, perumahan mewah berkonsepkan resort di Jalan Tanjung Lumpur di sini, baru-baru ini.

Fasa pertama itu membabitkan 122 unit kediaman iaitu 82 unit vila berkembar tiga tingkat dan 40 unit ‘Garden Superlink’, rumah tiga tingkat yang dijangka siap dibina sepenuhnya menjelang 2018.

Pengarah Urusan Tunas Capital Sdn Bhd, Datuk Y K Chin berkata, pembinaan fasa pertama projek itu mencapai 35 peratus dan yakin ia bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Pelancarannya disempurnakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaacob dan sempena majlis itu, kami mengadakan acara menarik untuk orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, unit kediaman Hermoso akan dibina dalam tiga fasa membabitkan 380 unit kediaman keseluruhannya dan ia siap sepenuhnya menjelang 2022 dengan harga ditawarkan antara RM700,000 hingga RM1.5 juta seunit.

“Projek perumahan ini dilengkapi ciri keselamatan terbaik dengan pengawal keselamatan dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik,” katanya.

Selain itu, pihaknya akan membina rumah Kelab Pavilion untuk kemudahan penghuni dengan kemudahan seperti gimnasium, kolam renang, bilik yoga, perpustakaan, dek permainan dan taman rempah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 4:54 AM