IHSAN pembaca
IHSAN pembaca
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Sekumpulan 40 individu berkumpul dalam demonstrasi aman di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, pagi ini, mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng, meletakkan jawatan.

Mereka dilihat mula berkumpul, kira-kira 10 pagi, dengan memegang kain rentang meminta jawatan Guan Eng dengan Pengerusi DAP negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota, Chow Kon Yeow.

Wakil peserta demontrasi itu yang enggan dikenali, berkata mereka mahukan Chow mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan DAP selain menyatakan kebimbangan berhubung penjualan tanah di negeri ini yang dilihat semakin tidak terkawal.

Menurutnya, keadaan di Pulau Pinang kini semakin teruk dengan harga rumah tinggi termasuk premis komersial yang dibina tanpa kawalan dan hanya menjadi tumpuan untuk orang kaya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 4:52 PM