MESIN judi yang dirampas dalam serbuan di Kuchai Lama, semalam.
MESIN judi yang dirampas dalam serbuan di Kuchai Lama, semalam.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Telan dadah sebelum bertaruh mesin judi. Itu antara kepercayaan karut tahi judi yang yakin dadah pil Ecstasy dan Eramin 5 ditelan boleh membawa tuah kepada mereka.

Kaedah itu dikesan selepas serbuan dilakukan pasukan penguat kuasa di pusat hiburan dan pusat snuker di Kuchai Lama di sini, awal pagi semalam.

Serbuan dilakukan terhadap pusat mesin judi atas talian yang dikesan menawarkan pil dadah Eramin 5 dan Ecstasy kepada pelanggan.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, masih terdapat premis hiburan dan pusat snuker yang menyalahgunakan permit hiburan dikeluarkan dengan menawarkan permainan judi atas talian.

Menurutnya, kegiatan perjudian itu jelas menyalahi syarat lesen dikeluarkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 7:08 AM