FORD Mustang yang tersadai di rumah Joyce.
FORD Mustang yang tersadai di rumah Joyce.

Shiawassee (Amerika Syarikat): Apabila mendengar bunyi dentuman kuat semalam, Joyce Kingsley menyangka ia petir.

Bagaimanapun, kerana tidak berpuas hati, wanita berusia 83 itu keluar dari rumahnya untuk memastikan tidak ada perkara buruk berlaku.

Dia menyedari apa yang disangka itu silap apabila apabila melihat sebuah Ford Mustang berada di atas bumbung rumahnya.

Kereta berkenaan terbabas dan merempuh pagar lalu tersadai di rumah Joyce selepas pemandu terbabit yang berdepan masalah kesihatan hilang kawalan ketika memandu di lebuh raya di Shiawassee, Michigan.

Rumah Joyce di bina bersebelahan bukit di Lansing dan bumbungnya hampir sama paras dengan jalan raya.

“Saya sedang menonton televisyen apabila mendengar bunyi dentuman. Mulanya saya sangka petir, tetapi bunyi itu lebih kuat dan terlalu dekat,” kata wanita itu.

Polis berkata, kereta berkenaan merempuh semak, pokok dan pagar sebelum berhenti di atas bumbung rumah Joyce.

Pemandunya yang menghidap masalah darah rendah tidak cedera. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 6:35 AM