Dengan pelancaran program realiti K-Pop Star musim kelima tidak lama lagi, juara musim sebelumnya iaitu pasangan adik-beradik Akdong Musician (AKMU) sempat menyapa peminat serta berkongsi perancangan akan datang mereka.

Video ucapan itu disiarkan di Facebook dan Twitter SBS NOW, kelmarin.

“Ramai peminat menantikan ‘comeback’ kami dan saya harap kamu boleh menunggu sedikit masa lagi. Sekarang ini kami masih dalam proses menulis lagu terbaik untuk anda,” kata Lee Chanyuk.

“Kami sangat berkerja keras sempena ‘comeback’ itu nanti. Tunggu dengan sabar, OK?” kata Lee Suhyun pula.

AKMU berjaya mengagumkan peminat dengan bakat mereka sebelum memenangi K-Pop Star musim kedua dan bernaung di bawah YG Entertainment.

Mereka berjaya membuktikan bakat nyanyian dan membuat lagu nyata mengatasi segalanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 8:25 AM