SEBUAH bot ditahan pasukan Polis Marin di laut Tanjung Harapan Pelabuhan Klang kerana membawa lebih penumpang.
SEBUAH bot ditahan pasukan Polis Marin di laut Tanjung Harapan Pelabuhan Klang kerana membawa lebih penumpang.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Pelabuhan Klang: Tidak ubah seperti ‘tin sardin bergerak’ apabila pengusaha bot ulang alik Pulau Ketam ke Jeti Pelabuhan Klang dikesan kerap mengambil penumpang melebihi muatan.

Pengusaha bot itu engkar arahan membawa penumpang tidak melebihi 25 individu semata-mata mahu mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda.

Dalam operasi dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang, Sabtu lalu, sebuah bot dinaiki 35 penumpang ditahan di Laut Tanjung Harapan, di sini.

Pegawai Pemerintah PPM Pelabuhan Klang Deputi Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, bot itu ditahan kira-kira jam 6.45 petang dan pemeriksaan lanjut mendapati tekong bot membawa 35 penumpang.

Ahmad Shafiki berkata, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang bertugas sebagai tekong bot itu dan didapati membawa penumpang berlebihan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 7:34 AM