KEADAAN jerebu di sekitar Shah Alam. FOTO Nazran Jamel
KEADAAN jerebu di sekitar Shah Alam. FOTO Nazran Jamel
Oleh Ainul Fatihah Mansor


Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat di beberapa masjid utama selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan supaya jerebu yang sedang melanda negara tidak berpanjangan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, ia membabitkan Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan seluruh masjid serta surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Sehubungan itu, JAKIM memohon kerjasama dan jasa baik pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh negara untuk turut sama mengadakan solat hajat pada tarikh dan masa yang dinyatakan di seluruh masjid serta surau di bawah seliaan agensi masing-masing,"katanya dalam kenyataan di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 3:28 PM