AIR minuman khayal yang dirampas polis daripada sindiket pengedaran air khayal di Jalan Pudu.
AIR minuman khayal yang dirampas polis daripada sindiket pengedaran air khayal di Jalan Pudu.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Jual bancuhan ‘jus lalok’ pada harga RM120 sebotol. Itu dilakukan tiga ‘saintis’ yang dikesan aktif menghasilkan campuran air dadah ketamin dan pil ecstasy untuk dipasarkan kepada kaki disko serta penggemar parti liar.

Suspek membabitkan dua lelaki dan seorang wanita itu dikesan mengisi campuran air khayal itu ke dalam botol minuman buah beri bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Suspek yang aktif melakukan kegiatan itu sejak dua bulan lalu mampu memperoleh pendapatan lebih RM50,000 sebulan hasil kegiatan jenayah dilakukan.

Kegiatan suspek berusia 20 hingga 26 tahun itu akhirnya terbongkar selepas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur menyerbu pangsapuri di Jalan Pudu di sini, jam 8 malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, pihaknya merampas 91 botol minuman khayal itu yang dicampurkan dadah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 6:41 AM