KEADAAN jerebu di Dataran Helang, Pulau Langkawi yang tebal dan mencatatkan bacaan IPU tertinggi hari ini. FOTO Eizairi Shamsudin
KEADAAN jerebu di Dataran Helang, Pulau Langkawi yang tebal dan mencatatkan bacaan IPU tertinggi hari ini. FOTO Eizairi Shamsudin
Oleh Hamzah Osman


Pulau Langkawi: Semua sekolah di daerah ini ditutup esok berikutan keadaan jerebu yang masih teruk.

Arahan penutupan itu dikeluarkanPegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Marzuki Daud, kira-kira 5 petang tadi, membabitkan 28 sekolah rendah dah menengah.

Marzuki berkata, tempoh lanjutan penutupan sesi persekolahan di Langkawi dibuat berikutan keadaan jerebu di daerah itu yang masih tidak banyak berubah berbanding semalam.

Setakat ini, Langkawi masih merekodkan kualiti udara tidak sihat paling tinggi dengan bacaan Pencemaran Udara (IPU) 161 sehingga 2 petang tadi walaupun bacaan menurun berbanding 176 pada 9 pagi tadi.

Malah keadaan jerebu itu turut menyebabkan kawasan pelancongan itu lengang daripada tumpuan orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 5:50 PM