Keadaan kereta yang tersepit antara lori dengan tembok Plaza Tol Jalan Duta. - Foto NSTP

Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 32 tahun cedera selepas kereta dipandunya tersepit dihimpit lori dipercayai akibat cuba menukar lorong di Plaza Tol Jalan Duta menghala utara, semalam.

Dalam kejadian pagi semalam itu, kereta Proton Wira Aeroback dipandu mangsa cuba menukar laluan sebelum tersepit antara lori yang menunggu giliran membayar tol dengan tembok plaza tol.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, pemandu kereta mengalami kecederaan hidung dan tangan dalam kejadian itu.

"Dia dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015 @ 12:16 AM