FOTO tular di media sosial mendakwa kononnya dua kereta ‘tersangkut’ di lorong TnG Plaza Tol Mines, Serdang, akibat pemandu berebut mahu membuat bayaran. FOTO ihsan pembaca.
FOTO tular di media sosial mendakwa kononnya dua kereta ‘tersangkut’ di lorong TnG Plaza Tol Mines, Serdang, akibat pemandu berebut mahu membuat bayaran. FOTO ihsan pembaca.
Faris Fuad


MASALAH brek menjadi punca dua kereta ‘tersangkut' di lorong Touch 'n Go (TnG) Plaza Tol Mines, Serdang, tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu Perodua Kancil berdepan detik cemas selepas brek keretanya rosak seterusnya melanggar Proton Iswara yang ketika itu mahu membuat bayaran di tol berkenaan.

Pada masa sama, katanya, Perodua Kancil itu 'terbabas' masuk ke lorang TnG seolah-olah menunjukkan dua pemandu berkenaan 'berebut' mahu membayar tol.

"Mereka (dua kenderaan berkenaan) berhimpit antara sama lain akibat pemandu Perodua Kancil tidak dapat mengawal keretanya selepas mengalami masalah brek.

"Pemandu dan penumpang kedua-dua kereta itu tidak cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Foto dua kereta itu tersangkut di lorong tol tular di media sosial hari ini dan ada yang mendakwa kejadian berlaku akibat dua pemandu kereta terbabit berebut untuk membayar tol.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2018 @ 9:21 PM