KETUA Polis Indonesia, Badrodin Haiti. FOTO Yazit Razali

KETUA Polis Indonesia, Badrodin Haiti. FOTO Yazit Razali

Oleh Hairulazim Mahmud dan Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur : 40 individu yang dipercayai terbabit dalam pembakaran terbuka di Sumatera dan Kalimantan akan didakwa dan dibicarakan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati wujud 210 kes pembakaran terbuka di dua kawasan berkenaan dan daripada jumlah itu, pihaknya mengenal pasti 40 individu yang menjadi dalang kepada kes kebakaran kawasan ladang dan hutan sehingga menyebabkan jerebu teruk.

Katanya, daripada 210 kes itu, ada yang dilakukan individu perseorangan selain kerjasama beberapa orang mengamalkan aktiviti tebang dan bakar di Sumatera dan Kalimantan.

"Siasatan juga mendapati ada syarikat asing yang menggunakan nama rakyat Indonesia terbabit dalam kegiatan ini dan kita dalam proses untuk mengenalpasti pemilik sebenar syarikat berkenaan.

"Sebuah syarikat sudah dibatalkan lesen manakala tiga lagi dibekukan lesennya selepas didapati terbabit dalam pembakaran terlarang ini," katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Menteri-Menteri Asean ke-10 Mengenai Jenayah Rentas Sempadan di Hotel Intercontinental, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 10:51 AM