Keadaan hutan yang terbakar di belantara Rimbo Panjang, Kampar.
Keadaan hutan yang terbakar di belantara Rimbo Panjang, Kampar.
Oleh Salman Hamat

Riau: Tiga syarikat perladangan utama yang beroperasi di wilayah ini disiasat pihak berkuasa Indonesia berhubung dakwaan melakukan pembakaran hutan bagi tujuan pembersihan tapak untuk pembukaan ladang baru.

Difahamkan, kaedah membakar hutan dipilih berikutan kosnya lebih murah iaitu sekitar sejuta rupiah (RM340) jika dibandingkan dengan mengupah pekerja dan jentera yang dianggarkan menelan belanja lima juta rupiah (RM1,700) untuk setiap hektar.

Sumber berkata, syarikat berkenaan masing-masing dua di Kampar dan satu di Pelalawan dipercayai mengupah kontraktor tempatan untuk membersihkan tapak ladang yang kemudian mengambil jalan mudah dengan membakar hutan.

“Bermula Jun lalu kontraktor syarikat terbabit disyaki membakar hutan seluas 3,043 hektar namun ia mula menjadi tidak terkawal sebelum merebak ke kawasan lain hingga menghasilkan asap jerebu.

“Siasatan terperinci membabitkan polis dan Jabatan Alam Sekitar menghantar pegawai dan anggota bagi mengesan punca serta lokasi kebakaran bermula di hutan yang terbakar,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 5:41 AM