PENDUDUK mula menjalankan aktiviti harian selepas keadaan dilaporkan semakin pulih.
PENDUDUK mula menjalankan aktiviti harian selepas keadaan dilaporkan semakin pulih.
Oleh Salman Hamat


Riau: Pihak berkuasa Indonesia mengarahkan dua syarikat perladangan beroperasi di wilayah ini menghentikan operasi mereka serta merta bagi melancarkan siasatan berhubung pembabitan mereka dalam kejadian pembakaran hutan.

Timbalan Pengarah Resersi Kriminal Khusus (Jabatan Siasatan Jenayah Khusus) Polis Daerah (POLDA) Riau, Ajun Komisaris Besar Polisi Ari Rachman, ketika dihubungi mengesahkan tindakan dikenakan terhadap kedua-dua syarikat terbabit yang bermula malam kelmarin.

Berikutan itu, beliau berkata, permit Hak Usaha Guna Tanah (HGU) diberikan kepada sebuah syarikat dibatalkan manakala satu lagi dibekukan.

“Tindakan terhadap kedua-dua syarikat itu berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Lingkungan Alam dan Perhutanan (Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan).

“Keputusan itu diambil selepas siasatan mendapati kedua-dua syarikat melanggar syarat khas yang sudah ditetapkan dalam perjanjian HGU,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 5:49 AM