Coutinho bergelut dengan cuaca sejuk di England. - Pix Liverpool Echo
Coutinho bergelut dengan cuaca sejuk di England. - Pix Liverpool Echo

London: Perancang Liverpool Philippe Coutinho mengakui masih bergelut menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di England.

Pemain Brazil itu berhijrah ke Anfield daripada Inter Milan pada Januari 2013.

Dia antara pemain paling menyerlah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama kelab itu biarpun melalui kempen tidak konsisten.

Dengan musim sejuk bakal tiba tidak lama lagi Coutinho mengakui keadaan akan menyukarkannya.

Coutinho juga suka menikmati makanan Brazil Feijao bersama nasi dimasak oleh isterinya berbanding makanan negara terbabit. - Mirror

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 7:23 PM