CUTI bersama keluarga waktu sesuai untuk meluangkan masa berkualiti bersama.
CUTI bersama keluarga waktu sesuai untuk meluangkan masa berkualiti bersama.

Cuti sekolah bermula esok. Walaupun hanya seminggu, ia cukup dinantikan anak. Maklumlah, ketika cuti sekolah inilah mereka dapat meluangkan masa bersama ibu bapa.

Walaupun kebanyakan ibu bapa sibuk dengan urusan kerja, mereka akan cuba sedaya upaya mengambil cuti bagi meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

Ketika ini, melancong ke destinasi percutian sememangnya menjadi pilihan. Sebelum bercuti, jom semak tip yang dapat dilakukan supaya percutian bersama anak menyeronokkan.

1. Penerbangan

Jika anda menggunakan kapal terbang, pilih waktu penerbangan berdasarkan waktu tidur siang atau jadual tidur anak. Ini penting bagi mengelak mereka bosan duduk lama di dalam pesawat, sekali gus membuatkan mereka sukar dikawal.

Datang lebih awal dan bawalah anak berjalan-jalan di sekitar lapangan terbang. Dengan itu, mereka akan berasa letih dan mudah tidur ketika di dalam pesawat.

2. Aktiviti

Siapkan pelbagai aktiviti sesuai untuk menghiburkan anak sehingga mereka tertidur di dalam perjalanan ke destinasi. Anak-anak akan mudah menyentuh benda yang dianggap baru.

Bawalah pensel warna dan buku supaya mereka tetap aktif secara fizikal dan mental.

3. Adaptasi jetlag

Selepas mendarat, bantu anak anda menyesuaikan diri dari perubahan tekanan udara. Sediakan botol air atau gula-gula lolipop.

Jika tidak dilakukan, keadaan jetlag akan membuatkan anak anda sakit gegendang telinga, pening dan mungkin menyebabkan mereka kurang sihat.

4. Waktu tidur

Ketika sampai di destinasi, cuba sesuaikan jadual tidur anak dengan waktu setempat. Hindari pengurangan atau menggunakan jadual di rumah kerana jam tubuh (body clock) diatur oleh matahari dan bulan.

5. Suasana bilik

Bagi memudahkan anak tidur di tempat baru, ciptakan suasana seperti di rumah. Caranya mudah iaitu dengan membawa beberapa anak patung yang biasa diletakkan di tempat tidur. Ini dapat membantu menenangkan anak dan memberikan mereka tidur yang lena.

6. Selimut

Jika anda tidak tidur sekatil dengan bayi, cuba bawa selimut yang sebelumnya digunakan. Pastikan selimut itu dapat dipakai dengan cepat. Ia bagi memberikannya rasa seperti berada di tempat tidur yang sama seperti di rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 8:44 AM