Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Bintulu: Seramai 15 penduduk termasuk empat bayi ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu apabila rumah mereka di Jalan Sultan Iskandar di sini, dinaiki air tengah malam tadi.

Penduduk dipindahkan kira-kira jam 12 tengah malam apabila rumah mereka yang terletak di tebing Sungai Sebiew dinaiki air kira-kira satu meter akibat hujan lebat sejak malam kelmarin.

Penduduk dipindahkan sementara menggunakan kenderaan bomba ke tempat selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 4:37 PM