Pelarian di kem  Roszke, Hungary, berebut-rebut mengambil makanan yang dicampak polis Hungary.
Pelarian di kem Roszke, Hungary, berebut-rebut mengambil makanan yang dicampak polis Hungary.

Budapest: Rakaman video menunjukkan pendatang yang berada di kem utama pelarian di sempadan Hungary dengan Serbia diberi makan seperti haiwan dalam kandang dengan polis mencampakkan makanan kepada pelarian.

Video itu yang dirakam secara sembunyi oleh sukarelawan Austria yang melawat kem pelarian di Roszke, Rabu lalu, menunjukkan kira-kira 150 pelarian berebut-rebut mendapatkan sandwic yang dicampak polis Hungary memakai topi keledar dan topeng muka. Perlarian itu ditempatkan dalam petak berpagar dalam dewan besar.

Wanita dan kanak-kanak mejadi mangsa tolak dan rempuhan apabila pelarian yang kelaparan berebut-rebut mendapatkan makanan yang dicampak itu.

“Keadaan itu seperti memberi makan haiwan dalam kandang, seperti Guantanamo di Eropah," kata Alexander Spritzendorfer yang isterinua, Michaela, merakam kejadian itu.

Menurutnya, mereka memandu ke Roszke membawa makanan, pakaian dan perubatan bagi membantu ribuan pelarian.

Keitka Spritzendorfer (peguam dengan Parti Green Austria) bercakap dengan pekerja Palang Merah, isterinya melihat kejadian keji itu lalu memutuskan merakamnya.

“Ia perbuatan tidak berperikemanusiaan,” kata Michaela Spritzendorfer.

Rakaman itu yang dimuat naik di YouTube lewat semalam, dikongsi pantas melalui media sosial. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 3:29 PM